SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 25 September 2012

Bengkel Akademik U.N.I.T.E 2012




UMT : Pada tanggal 22 September 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lalu, Kelab Amatur Intelektual Universiti Malaysia Terangganu (KAI UMT) sekali lagi telah melaksanakan satu program peningkatan intelek mahasiswa iaitu Bengkel Akademik : "U aNd I Together Excellent" atau (UNITE) yang telah disampaikan khas oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Bin Wan Mohamad Zin, Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan juga merupakan seorang pensyarah terkemuka daripada Jabatan Sains Kimia di fakulti yang sama. 
   Program yang bertempat di Surau Al Irfan ini bermula daripada jam 9.15 malam hingga 11 malam dan dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai latar belakang program dan tahun pengajian.
  Program ini memberikan fokus utama kepada tentang kemahiran pengurusan diri dan kepentingan pengurusan diri tersebut terhadap pengajian dan hala tuju mahasiswa selepas bergraduasi. Dengan gaya santai dan bersahaja, penceramah memberikan tips-tips berguna berkaitan cara belajar berkesan dan  beliau juga menceritakan latar pengajian beliau yang sangat menarik di dalam dan luar negara. 
  Para peserta bengkel memberikan respon positif dengan mengutarakan soalan-soalan bernas yang merancakkan lagi suasana bengkel. Bengkel akademik ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Presiden KAI, saudara Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf. Pihak KAI UMT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ilmiah ini.

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: