SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 1 September 2012

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UMT Tahun 2012

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.

Masih tidak terlambat lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dan juga Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 55. Alhamdulillah, sewajarnya nikmat hidup dalam keamanan ini wajar disyukuri serta di fahami kemerdekaan yang telah lama kita kecapi.

Kita sebagai manusia, hasrulah merdeka dari setiap sudut namun bukan bermakna kita meninggalkan dan melangkaui batas-batas agama yang sekian lama kita penuhi.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat : 56)

Sungguh,
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh, orang tak kata.

Saya mewakili barisan kepimpinan Kelab Amatur Intelektual (KAI) ingin mengucapkan TAHNIAH dan juga SELAMAT DATANG kepada mahasiswa/i baru ke Universiti Malaysia Terengganu. Selamat menjadi orang Terengganu. Selamat mendapat kenalan baru. Selamat belajar di persekitaran yang baru.

Peluang masuk ke universiti ini seharusnya di hargai oleh setiap pelajar baru yang akan mendaftar pada 2 September 2012 ini. Tarikh tersebut membuka lipatan sejarah hidup bagi seorang pelajar universiti kerana telah berjaya menempatkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Sememangnya universiti menjadi rebutan. Hanya mereka yang benar kompeten akan terus berada di universiti ini.

Ini baru langkah pertama anda. Hayatilah dengan sebaik mungkin. Tambahkan kenalan, pengalaman dan kepakaran serta kemahiran dengan bijak mengatur strategi untuk berkecimpung dalam aktiviti bukan sahaja akademik, namun keterlibatan dalam aktiviti berpersatuan dan bersosial sangat-sangat di perlukan oleh mahasiswa pada masa kini.

Kesimpulannya, persiapkan mental dan fizikal, kukuhkan kekuatan dalaman. Bersedia untuk mencoret pada diari kehidupan yang baru. Selamat maju jaya.

WE AGREE to DISAGREE

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
KAI UMT



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: