SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 2 January 2013

AL-FATIHAH, TEMAN KEMBARKU!


Saya baru dapat berita tentang kematian ayah sahabat saya Saudara Abdul Iyad Syukree, pelajar Sarjana Muda Sains Komputer(Kejuruteraan Perisian)tahun dua. Saya mewakili KAI ingin mengucapkan takziah kepada beliau di atas pemergian ayah tercinta pada hari ini. Didoakan moga roh arwah bapa di cucuri rahmat.

Sahabat-sahabat, kematian adalah sangat dekat dengan kita, iaitu peristiwa yang semua orang akan hadapi tapi kita tidak tahu bila masanya. Firman Allah SWT, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran : 185).

Namun, indahnya aturan Allah itu tidak dijadikan mati itu begitu sahaja, kematian itu ada timbang taranya, ada peruntukannya ke atas individu yang menghadap Illahi. Hadis nabi SAW,  "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."

Maka sahabtku Abdul Iyad Syukree, bersabarlah atas etentuan ini. Moga dikau tabah. Bersyukurlah atas kesempatan merasai kasih syaang seorang bapa, meskipun sebentar cuma. Di luar sana ramai lagi yang tidak beruntung seperti kita. Kuatkan semangat, hidup ini perlu diteruskan. Insyaallah, di hujung sana, anda akan beroleh janji-janji Allah pada mereka yang bersabar.

Alfatihah!

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: