SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 30 April 2013

Bersama Mufti Terengganu

Beberapa pimpinan KAI telah memenuhi ruang sepetang bersama mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda pada petang semalam, 29 April 2013 di pejabatnya, Kompleks Darul Iman, Kuala Terengganu.


Beliau yang baru sahaja dilantik pada 1 April lepas merupakan pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum ini. Sesi pada petang itu berlangsung dengan sedikit pengenalan mengenai dirinya, tugas beliau sebagai mufti dan lain-lain lagi.

Dr. Zulkifly sempat berkongsi bersama KAI yang antaranya diwakili presiden, saudara Raimi dan naib presiden 2, Siti Aishah Ismail, berkenaan senjata kejayaannya hari ini. Katanya, "saya berada pada tahap ini ada tiga sebab, semuanya kerana doa. Pertama, doa ibu bapa, kedua doa orang yang dizalimi dan ketiga doa di tanah suci Makkah".

Selamat menjalankan tugas kepada Dr. Zulkifly Muda.




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: