SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Sunday 12 May 2013

AGM KAI KE 17 : MENUJU PERUBAHAN

Hampir satu tahun, memegang tampuk kepimpinan kini tibalah masa untuk melepaskannya semakin tiba. Selama satu tahun menjadi kepimpinan, sememangnya satu cabaran yang bukan mudah untuk ditempuhi. Sungguh pun begitu, berkat kesatuan kerja, taat dan setia dengan arahan pimpinan, matlamat menyampaikan dakwah islam secara bersistematik dan professional dapat dilaksanakan biarpun halangan dan cabaran datang bertimpa-timpa. Sesungguhnya, pangkat dan kuasa adalah penghinaan di dunia, dan penyesalan di akhirat.

        KAI sudah berumur 17 tahun di bumi UMT ini. Satu tempoh yang bukan sekejap. Melalui beberapa kisah suka dan duka, telah mematangkan KAI sebagai satu kelab yang dihormati kawan dan lawan. Kali ini, mesyuarat agung tahunan akan tampil dengan satu transformasi baru yang lebih menjejak dengan sistem demokrasi serta nafas baru mengambil semangat PRU-13 yang telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini. Kalai ini kita akan menggunakan pendekatan Pilihan Raya dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan.

       Mesyuarat kepimpinan KAI telah pun memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya KAI (SPR KAI) ditubuhkan bagi menguruskan proses Pilihan Raya KAI dalam mesyuarat agung KAI. Sistem mesyuarat agung kali ini kita akan menggunakan pendekatan seperti mana yang digunakan oleh organisasi-organisasi besar dalam Negara ini. Kita menceduk sistem tersebut dan diaplikasikan dalam mesyuarat agung KAI kali ke 17 ini atas semangat demokrasi dan transformasi sistem kepimpinan KAI dalam kampus di samping menjadi contoh  pentadbiran.

       Sehubungan dengan itu, saya mengumumkan Pimpinan KAI telah pun melantik Saudari Nurhidayah bt Hashim sebagai Pengarah SPR KAI bagi mengendalikan Pilihan raya KAI dalam mesyuarat agung KAI kali ke-17 ini. Semoga dengan perubahan baru ini, dapat mengukuhkan lagi kedudukan KAI sebagai persatuan Islamik di UMT, insyaallah.


MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu
Sesi 2012/2013

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: