Alhamdulillah, dalam kesibukan menghabiskan dan menulis
tesis untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir, mendapat jemputan daripada Timbalan Naib
Canselor HEPA UMT, Ybhg Prof. Dr. Anuar B Hasan untuk berdiskusi mengenai masa
depan dan hala tuju pelajar Islam di UMT. Dalam perbualan selama 1 jam tadi,
kami sempat bertukar-tukar pendapat dan Prof banyak berkongsi pengalaman
belajar semasa beliau menuntut di UM dan juga di Jepun dahulu.
Perjumpaan kami di akhiri dengan sedikit penyampaian
cenderamata kepada Prof Anuar atas perlantikan beliau menjadi TNC HEPA yang
baru. Insyaallah, dalam masa yang terdekat kami akan berjumpa lagi untuk
menggagaskan pelan tindakan mahasiswa Muslim UMT. Pada pandangan saya, Prof
Anuar sangat rendah diri orangnya, kurang birokrasi serta nampak
sungguh-sungguh dalam membina pelajar supaya keboleh pasaran graduan dapat
direalisasikan dengan sempurna. Terima kasih Prof kerana menghargai pandangan
orang muda!
MUHAMMAD
RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual UMT
No comments:
Post a Comment