SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 17 May 2013

INFO AGAMA : ADA APA DENGAN BULAN REJAB

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab dianggap begitu mulia khususnya oleh bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2. Menjelang 10 Rejab, mereka akan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: