“Setahun sudah
berlalu, masa yang cukup pantas untuk mengemudi bahtera organisasi yang melalui
ranjau jerih dan payah perjalanan. Setahun ini, KAI melalu fasa yang
perkembangan yang bukan mudah. Kita tidak berbangga dengan sejarah, kita
mencipta rekod dan rekod mesti dipecahkan. Esok, KAI akan menukar pengemudi.
Walaupun pengemudinya berlainan dan bertukar, matlamat dan arah tujuan tetap
sama. Semoga perjalanan kita tetap berada pada landasannya untuk membawa KAI
kepada tahap yang lebih baik”.
Presiden, Raimi.
Presiden, Raimi.
“Kepimpinan ibarat
pakaian. Bertukar-tukar, tetapi atas dasar dan prinsip yang sama, mahu tutup
aurat. Mungkin hari ini kepimpinan baru bakal mengambil alih tampuk kepimpinan
KAI, tetapi dasar islamisasi yang sama akan terus dibawa walau sesiapapun yang
berada di atas kerusi kepimpinan. Kepimpinan yang berjaya ialah apabila kita
mampu memimpin diri sendiri untuk menjadi contoh kepada yang lain”.
Naib Presiden I, Aslah
Naib Presiden I, Aslah
“Tempoh masa dua tahun
yang diberikan untuk duduk di kerusi pimpinan KAI adalah satu pengalaman yang
sangat berguna. Setahun pertama berada di fasa pembinaan semula, setahun yang
kedua pula lebih kepada mengukuh dan menstabilkan KAI. Alhamdulillah,
perancangan kami dimudahkan untuk melihat KAI berada pada tahap ketika ini.
Semoga pimpinan baru akan lebih progresif dan segar untuk terus menyebarkan
dakwah tidak kira di mana sekalipun mereka berada”.
Setiausaha Agung, Adly
Setiausaha Agung, Adly
“Pencapaian KAI untuk
tempoh setahun ini cukup memberi kesan kepada kelangsungan pergerakan mahasiswa
UMT khususnya. Selasa ini, 28/05/2013, pucuk pimpinan akan bertukar tangan.
Setiap kepimpinan, ada sumbangannya. InsyaAllah, barisan kepimpinan yang bakal
menduduki podium utama kelab dapat menterjemahkan sesuatu yang baru dan memberi
impak besar khasnya untuk warga UMT”.
Bendahari Kehormat I, Firdaus
Bendahari Kehormat I, Firdaus
“Pertukaran kepimpinan
bukan bermakna bertukarnya matlamat, namun matlamat tetap seiring cuma
perlaksaan berbeza. Moga rencana kepimpinan yang baru lebih hebat dari pimpinan
sebelumnya”.
Naib Presiden II, Aishah
Naib Presiden II, Aishah
“Terima kasih kepada
seluruh warga UMT terutamanya ahli keluarga KAI kerana terus menyokong dan
bersama KAI sehingga kini. KAI akan bertukar pimpinan bagi meneruskan legasi
kecemerlangannya, maka harapan saya semoga pimpinan baru ini akan terus
menjalankan amanah dengan ikhlas dan terus berusaha membawa nama KAI ke tahap
yang lebih tinggi”.
Timbalan Setiausaha, Shakinah
Timbalan Setiausaha, Shakinah
No comments:
Post a Comment