SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 5 July 2013

MESIR : Sejarah Hitam Yang Berulang

Bismillahirrahmanirrahim..

4 Julai 2013 : Penggulingan Dr. Muhammad Mursi daripada memegang tampuk presiden Mesir pastinya amat menggembirakan puak-puak penentang yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Israel, Syria dan sekutu-sekutunya.

Peristiwa ini dianggap skrip yang berulang kembali sewaktu Pilihanraya Umum Turki pada tahun 1997 sewaktu parti Refah yang dipimpin oleh Erbakan telah menang tetapi tidak kekal lama kemudiannya parti tersebut jatuh digulingkan tentera. 4 tahun selepas itu, parti AKP yang dipimpin Erdogan bangkit menggantikan Refah dan menang dalam pilihanraya tersebut. Hari ini kita dapat lihat sendiri episod getir penggulingan Dr. Mursi & Ikhwan di Mesir dengan skrip yg sama. Dr. Mursi jatuh kerana mempertahankan Islam & perlembagaan.

Saya berharap penduduk mesir tidak hanya berdiam diri terhadap insiden ini. Dr. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir.

Semoga Allah memelihara Mesir daripada segala unsur-unsur jahat dan pemberontakan. Kami warga Malaysia, bersama dengan kepimpinan Dr. Mursi.

Ahmad Firdaus Bin Jaafar

Naib President 1

Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: